OBJEKTIF


OBJEKTIF
Kurikulum Matematik Sekolah Rendah akan membolehkan murid untuk:
1 Mengetahui dan memahami konsep, definisi, peraturan dan prinsip-prinsip berkaitan nombor, operasi, ruang, ukuran dan perwakilan data;
2 Menguasai operasi asas Matematik:
·         penambahan
·         penolakan
·         pendaraban,
·         pembahagian;
3 Menguasai kemahiran dalam operasi bergabung;
4 Menguasai kemahiran asas Matematik iaitu:
·         membuat anggaran dan pembundaran
·         pengukuran
·         perwakilan data
·         mentafsir maklumat dalam bentuk graf dan carta;
5 Menggunakan kemahiran Matematik dan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian secara efektif dan bertanggungjawab;
6 Menggunakan bahasa Matematik dengan betul;
7 Menggunakan teknologi yang sesuai dalam pembinaan konsep, memperolehi kemahiran Matematik dan penyelesaian masalah;
8 Mengaplikasikan pengetahuan Matematik secara bersistematik, heuristik, tepat dan berhati-hati;
9 Mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan Matematik; dan
10 Menghargai kepentingan dan keindahan Matematik.


No comments:

Post a Comment